Posts

Sektor Perkhidmatan, e-Dagang Berkembang Kukuh Suku Pertama 2022 - DOSM

Image
   Sumber Foto: TripAdvisor STATISTIK | Sektor perkhidmatan dan e-dagang Malaysia masing-masing mencatat pertumbuhan 10.4 peratus dan 9.3 peratus kepada RM473 bilion dan RM278.2 bilion pada suku pertama tahun 2022, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan dalam kenyataan media pada 12 MEI 2022/Khamis berkata prestasi sektor perkhidmatan pada suku dikaji yang lebih baik dipacu oleh segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan meningkat 9.2 peratus kepada RM378.7 bilion. Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan ia diikuti oleh segmen maklumat & komunikasi dan pengangkutan & penyimpanan dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta dan kesenian, hiburan & rekreasi masing-masing meningkat 16.1 peratus dan 17.3 peratus kepada RM69.5 bilion dan RM15.2 bilion. "Bagi pendapatan e-dagang, ia melonjak kepada RM278.2 bilion tahun ke tahun tetapi bagi perbandingan suku ke suku, ia merosot 4.2 peratus," katanya